Polis Ambil Keterangan Wanita Rantai Anak


KUALA LUMPUR - Polis telah mengambil keterangan ibu kepada seorang murid perempuan yang kakinya dirantai di Taman Permainan Jalan PJS 9/1, Lagoon Perdana, Bandar Sunway, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, wanita berusia 30-an itu bagaimanapun tidak ditahan dan dibebaskan sebaik sahaja keterangannya diambil.

Menurutnya, siasatan kes itu telah dijalankan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.35 petang semalam, murid tahun dua dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina itu dikatakan telah dirantai oleh ibu kandungnya sebagai denda kerana enggan ke sekolah.

Susulan daripada itu, gambar kaki kanak-kanak yang dirantai kini viral di laman sosial. - UTUSAN ONLINE

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA