PKR dan DAP kini menyokong Hudud

Tulisan asal oleh :
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 19 Oktober 2016.

RPK, apa pandangan anda mengenai isu Hot Dog Jakim dan hudud oleh PAS? ... ..Siva Kumar.

Ya, dengarlah kata PAS yang memerintah negeri "terkaya" di Malaysia, Kelantan. Apabila setiap keluarga di Kelantan sudah hidup dalam banglo lima bilik tidur, barulah mungkin saya boleh dengar kata PAS ... ..Morsi Mahad.

Itu hanyalah dua daripada lebih 200 komen dalam Malaysia Today pagi ini. Pertama sekali saya akan menjawab kenyataan Morsi Mahad. Morsi mengukur kejayaan dari segi wang dalam poket. Beliau hanya akan mendengar kata PAS hanya jika setiap keluarga di Kelantan tinggal dalam sebuah banglo lima bilik tidur.

Kelantan mempunyai kira-kira 1.8 juta penduduk. Mari kita anggap bahawa terdapat sekitar 200,000-250,000 keluarga. Jadi Morsi akan mendengar kata PAS hanya apabila Kelantan mempunyai 200,000-250,000 banglo lima bilik tidur dan tidak sebelum itu.

Pulau Pinang mempunyai kira-kira 1.7 juta penduduk. DAP telah mentadbir Pulau Pinang sejak tahun 2008 dan sebelum itu oleh kedua-dua parti Cina yang lain, MCA diikuti oleh Gerakan. Jadi, sejak Merdeka, Pulau Pinang telah berada di bawah tiga kerajaan Cina. Adakah terdapat 200,000-250,000 banglo lima bilik tidur di Pulau Pinang tanpa rumah-rumah lain selain daripada hanya banglo lima bilik tidur?

Untuk itu, namakan saya satu bandar atau negeri/daerah di dunia (US, UK, Perancis, Jerman, atau di mana sahaja) di mana penduduk hidup hanya dalam banglo lima bilik tidur dan tidak ada rumah-rumah lain di dalam bandar/negeri/daerah selain daripada hanya banglo lima bilik tidur.

Jika ini adalah caranya orang-orang anti-PAS mempertahankan pendirian mereka, maka mereka adalah benar-benar bodoh dan PAS tidak memerlukan sokongan daripada orang seperti ini. Mengapa pula PAS mahu disokong oleh orang bodoh? PAS seharusnya cuba mendapatkan sokongan orang intelektual dan orang yang mempunyai akal fikiran, bukannya dari orang yang mati otak seperti Morsi dan orang yang sewaktu dengannya.

Sekarang, untuk menjawab soalan Siva Kumar. Pertama sekali saya fikir orang JAKIM adalah bodoh. Mereka menyebabkan saya berjaga 24 jam dengan membahaskan Islam dengan saya tanpa henti. Pegawai mereka silih berganti setiap jam dan tidak membenarkan saya untuk tidur. Mereka menggunakan keadaan tidak cukup tidur untuk menyeksa saya.

Mereka kekal dalam zon selamat mereka dan enggan membuka pintu dan masuk ke dalam tempat saya apabila saya meminta mereka. Mereka tahu saya menghentam mereka kerana saya sedang sangat marah dan bersedia untuk membunuh pada malam itu.

Kemudian mereka menghantar saya ke Kamunting dan menghantar ustaz untuk berdebat dengan saya mengenai hadis. Saya bertanya kepada ustaz ini hadis yang manakah yang beliau katakan dan beliau tidak dapat menjawab. Saya kemudian bertanya kepadanya berapa banyak hadis yang ada dan beliau masih tidak dapat menjawab.

Saya berkata terdapat 700,000 hadis dan beliau tersenyum dan berkata saya adalah betul. Saya kemudian memberitahu beliau, bagaimanapun, kurang daripada 7000 atau kurang daripada 1% dianggap sahih dan beliau berkata, "Itulah sebabnya ia adalah baik untuk mengadakan perbincangan tersebut. Kadang-kadang guru juga boleh belajar daripada pelajar. "

Oleh itu, tolong jangan bercakap dengan saya mengenai orang-orang di Jakim. Jika terjadilah revolusi di Malaysia, mereka akan menjadi yang pertama kita perlu aturkan di sepanjang dinding dan tembak. Dan anda boleh pergi memberitahu Ketua Pengarah, Tan Sri Dato' Haji Othman Mustapha, saya yang berkata sebegitu.

Sekarang, mengenai apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Hudud versi PAS - yang saya anggap adalah apa Siva maksudkan - kita perlu terlebih dahulu bersetuju apa yang dimaksudkan dengan Hudud. Hudud hanyalah satu cabang Syariah, yang mempunyai banyak set undang-undang, Hudud sebagai salah satu daripadanya.

Jadi persoalannya bukanlah sama ada anda menerima atau menolak Hudud. Ia adalah sama ada anda menerima atau menolak Syariah. Dan jika anda menerima Syariah maka Hudud adalah sebahagian daripadanya. Jika anda ingin menolak Hudud maka anda perlu menolak Syariah juga.

Jadi saya bertanya kepada orang-orang Islam itu, terutamanya dari PAN, Umno dan PKR, adakah mereka menerima atau menolak Syariah? Soalan yang mudah. Ya atau tidak? Anda tidak boleh menerima satu bahagian dalam Islam dan kemudian menolak yang lain. Anda juga tidak boleh menerima satu bahagian dalam Syariah dan kemudian menolak yang lain.

Sesetengah orang Kristian berbuat sedemikian. Mereka menerima satu bahagian agama Kristian dan kemudian menolak yang lain. Jadi mereka memilih sebahagian daripada agama Kristian yang mereka suka dan kemudian mengabaikan bahagian yang mereka tidak suka. Itulah sebabnya sangat sedikit orang Kristian yang mana adalah orang Kristian sejati. Kebanyakannya adalah palsu dan penipu yang bikin tak serupa cakap. Dalam Islam, orang jenis ini dipanggil munafik.

Sebagai contoh, apabila kita memberitahu orang Kristian bahawa Hudud ada di dalam Bible, mereka menjawab bahawa itu adalah Old Testament (OT). Kristian tidak lagi mengikuti OT, mereka memberitahu kita, mereka mengikut New Testament (NT). Tetapi kisah-kisah Adam, Hawa, Nuh, Ibrahim, Musa, Yusuf, dan lain-lain, adalah di dalam OT, bukannya NT. Jadi adakah Kristian menolak semua nabi yang lain sebelum Jesus (Nabi Isa) atau adakah mereka menerima mereka?

Mereka mengatakan mereka tidak lagi mengikuti OT tetapi NT. Tetapi, mereka mempercayai semua nabi-nabi sebelum Jesus yang ada di dalam OT. Sekarang beritahu saya, adakah ini tidak sama seperti orang Islam yang menerima sebahagian daripada Syariah yang mereka suka dan menolak sebahagian yang mereka tidak suka, sebagai contoh Hudud?

Sekarang, orang-orang Islam yang mengatakan mereka menolak Hudud berbuat demikian kerana mereka berkata Hudud tidak disebut dalam Al-Quran. Jika Hudud tidak disebut dalam Al-Quran maka dari manakah ia datang? Adakah ia dari Hadith?

Terdapat juga beberapa yang mengatakan bahawa mereka menerima Al-Quran tetapi menolak hadis. Geng anti-Hudud sebenarnya juga anti-hadis, termasuklah ramai dari PAN, Umno dan PKR.

Saya tidak mempunyai masalah jika mereka adalah anti-Hudud dan/atau anti-hadis. Malah saya juga berfikir bahawa banyak hadis yang bodoh dan menjadi satu penghinaan terhadap Islam. Mahathir juga menolak hadis, sama juga seperti ramai orang di sekelilingnya seperti Syed Akbar Ali dan sebagainya.

Tetapi adakah orang-orang ini solat lima waktu sehari? Dan jikalau mereka berbuat sedemikian, bagaimana mereka solat? Al-Quran tidak menyebut bahawa anda mesti solat lima waktu sehari. Ia juga tidak menjelaskan bagaimana cara untuk solat dan ritual yang terlibat. Jadi, jika anda menolak hadis dan hanya menerima Al-Quran, itu bermaksud anda tidak solat lima waktu sehari dan mengikut cara yang orang Islam biasa lakukan.

Bolehkah anda melihat kaitan orang Kristian dan orang Islam? Kedua-duany sangat keliru dan merepek. Kebanyakan masanya mereka tidak tahu agama mereka sendiri. Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) sepatutnya bergabung dengan JAKIM. Mereka secocok untuk satu sama lain, satu perkumppulan orang bodoh.

Sebelum orang Kristian membuang masa mereka cuba untuk mengajar umat Islam tentang Islam, mereka perlu pertama sekali pergi mengajar orang mereka sendiri dan menjelaskan bahawa OT dan NT kedua-duanya sebahagian daripada agama Kristian dan bahawa Hudud adalah dalam OT dan Jesus datang untuk mengukuhkan undang-undang, bukan untuk menghapuskannya.

Orang Kristian anda sendiri sesat dan anda ingin cuba untuk mengajar umat Islam tentang Islam dan Hudud!

Okay, jadi sekarang PKR dan DAP menerima Hudud, tetapi Hudud versi PAN dan bukan versi PAS. Bolehkah mereka jelaskan perbezaan antara kedua-duanya dan beritahu kami dari manakah PAS dan PAN mendapat versi Hudud mereka? Adakah PAS mendapat Hudud mereka dari Al-Quran OT manakala PAN mendapat Hudud mereka dari Al-Quran NT?

Ini mula menjadi sangat menarik kerana selepas 66 tahun, saya akhirnya belajar bahawa Islam juga mempunyai OT dan NT seperti agama Kristian. Ia lebih mudah sebagai seorang Ateis.

Apa-apa pun, satu lagi perkara yang menarik hari ini adalah Wan Saiful Wan Jan mengakui bahawa mesyuarat di Oxford itu wujud seperti apa yang saya laporkan semalam dalam artikel ‘Mahathir sends Nazir to inform Najib that a coup has been launched’.


Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/pkr-and-dap-now-support-hudud/

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA