Pilihan Raya Presiden AS 2016 : Undi Awal Bermula


WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Proses pengundian awal bermula, kelmarin di beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS), dua minggu sebelum Pilihan Raya Presiden 2016 berlangsung, sekali gus menyaksikan pertempuran sengit selama 18 bulan antara calon parti Demokrat, Hillary Clinton dan pencabarnya dari Republikan, Donald Trump sudah sampai ke penghujungnya.

Sebanyak 36 daripada 50 negeri termasuk swing state, Florida dan Ohio menawarkan proses pengundian awal membolehkan pengundi di kawasan terbabit membuang undi sebelum 8 November depan.

Menurut rangkaian media tempatan, lebih ramai pengundi memilih mengundi awal dalam kitaran pilihan raya baru-baru ini.

"Saya berasa ramai pengundi teruja dengan Pilihan Raya Presiden pada kali ini. Kami berharap situasi ini berterusan," kata penyelia pilihan raya di Palm Beach, Susan Bucher.

Sementara itu, pakar pilihan raya di Universiti Florida, Prof Michael McDonald memaklumkan kira-kira enam juta rakyat AS telah mengundi dalam proses pengundian awal itu.

Difahamkan, jumlah pengundi yang keluar mengundi kali ini mengatasi rekod sebelum ini. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA