Petronas Tubuh CERT Di Batu Kawa Untuk Hadapi Banjir


KUCHING: Petronas akan menubuhkan Pasukan Tindakan Kecemasan Komuniti (CERT) di Batu Kawa sebagai langkah menghadapi kemungkinan banjir pada penghujung tahun ini.

Menteri Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Sim Kui Hian berkata, penubuhan pasukan tersebut amat penting sebagai usaha untuk segala urusan termasuk permindahan penduduk dan membantu agensi kerajaan yang berkaitan dalam operasi menyelamat.

Malah menurutnya, ini kerana setiap kali banjir, Batu Kawa menjadi kawasan yang paling teruk terjejas.

"Selepas berbincang, Petronas bersetuju untuk menubuhkan pasukan khas untuk menghadapi kemungkinan banjir dalam tempoh sebulan atau dua bulan akan datang," katanya kepada pemberita selepas penyerahan bantuan wang ihsan di sini, hari ini.

Beliau turut memuji agensi kerajaan yang terlibat kerana berjaya menjalankan tanggungjawab dengan cekap terutama ketika banjir berlaku.

Sementara itu menurutnya, fasa tiga pemberian wang ihsan kepada mangsa banjir akan dibuat pada tahun ini.

"Tidak mungkin fasa ketiga wang ihsan diberi tahun depan, kerana mungkin banjir berlaku lagi pada waktu itu," ujarnya.

Seramai 688 keluarga menerima bantuan tersebut yang masing-masing berjumlah RM500.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA