Pesta Benak Bakal Meriahkan Bandar Sri Aman Hujung Minggu Ini


SRI AMAN: Bandar Sri Aman bakal menjadi tumpuan orang ramai sempena pesta benak Sri Aman edisi ke 14 yang bermula hari ini hingga 16 oktober (Ahad) di Tebingan Sungai Batang Lupar disini.

Memetik laporan dan tinjauan sebuah akhbar tempatan semalam, persiapan akhir sedang giat dilaksanakan dan pelbagai aktiviti menarik bakal disajikan keoada setiap pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran pesta tersebut.

Menurut jurucakap pengajur, pelbagai aktiviti dan acara telah disusun atur antaranya Regatta Benak, Bazaar Ria Benak, Pameran Agensi Kerajaan, Benak Bike Gathering dan Autoshow, Ratu Benak, Benak Idol, Pertandingan Ratu Kebaya, Mr Benak, Pertunjukan Luncur Benak, Pertandingan mewarna kanak-kanak, Pameran Benak, Angkatan Tentera(ATM) Bersama Komuniti dan pelbagai lagi acara menarik.

Keseluruhan acara akan berlansung di beberapa lokasi iaitu di Sungai Batang Lupar, Tebingan Sungai Batang Lupar, Jalan Main Bazaar, Perkarangan letak kereta pasarraya Everrise, Taman Panorama Benak dan persekitaran Kubu Alice.

Sementara itu, Residen Bahagian Sri Aman Jonathan Lugoh ketika dihubungi Sarawakiana berkata, sasaran pengunjung pada tahun ini adalah seramai 50,000 orang sepanjang tiga hari pesta tersebut.

"Perasmian akan disempurnakan oleh Menteri Muda Ekonomi Luar bandar (Kawasan Pendalaman) dan perladangan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Simanggang Datuk Francis Harden Hollis.

"Pihak penganjur menjemput orang ramai hadir memeriahkan pesta yang bakal berlangsung di Bandar Sri Aman hujung minggu ini," katanya -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA