Persidangan IAC2020 Kembangkan Profession Kaunseling - PERKAMA


Kuching : Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa (PERKAMA International) hari ini telah membuat satu pengumuman istimewa dimana berupa hak Penganjuran Persidangan Antarabangsa Kaunseling iaitu IAC2020 dengan tema Excellent Counselling Society and Caring Culture yang akan diadakan pada tahun 2020 kelak.

Ahli Eksekutif PERKAMA, Dr Amalia Madihie berkata, penganjuran persidangan pada tahun 2020 ini telah mendapat sokongan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Haji Morshidi Abdul Ghani.

“Penganjuran Persidangan Kaunseling Antarabangsa, iaitu IAC2020 Conference ini adalah julung kalinya diadakan di Malaysia, merupakan satu kepercayaan yang tinggi diberikan oleh IAC kepada pihak PERKAMA International dengan matlamat untuk memperkembangkan dan memperkasakan profession kaunseling di Asia, seterusnya dunia,”

“Hak penganjuran tersebut diserahkan kepada PERKAMA International dan Kerajaan Negeri Sarawak oleh pihak International Association for Counselling (IAC) yang telah bersetuju untuk mengadakan persidangan ini,"

Beliau berkata sedemikian sempena International Seminar On Professional Counselling 2016 yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sarwak (UNIMAS) di Hotel Hilton di sini, pagi tadi.

Turut hadir Presiden PERKAMA, Dato' Dr Abd Halim Mohd Hussinn dan Presiden IAC, Dr Dione Mufsud dan disaksikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datu Dr Sabariah Putit bersama delegasi ProCoun’16.

Selain itu, turut diumumkan pada majlis tersebut ialah penerbitan sebuah buku inspirasi yang didedikasikan kepada Dato’ Dr Abdul Halim Mohamad Hussin yang bertajuk ‘100 Things to Think About For A Better life’ yang ditulis oleh seorang ahli eksekutif PERKEMA International, Surenthiran Pillai.- Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA