Persidangan DUN Sarawak, 21 Hingga 30 November


KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan bersidang dari 21 hingga 30 November.

Memetik laporan The Borneo Post, notis mesyuarat telah dihantar kepada 82 anggota dewan yang dijangka membahaskan dan membuat keputusan utama berkaitan isu negeri,

Notis dihantar awal untuk memberikan lebih masa kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) membuat persediaan, mengemukakan soalan atau usul.

Pada peringkat pemberitahuan ini, tiada sebarang keputusan untuk memperkenalkan rang undang-undang baharu dibuat.

Persidangan DUN menyaksikan 72 ADUN merupakan Barisan Nasional (BN) dan mesra BN merangkumi 45 PBB, 11 (PRS), tiga (SPDP) dan tujuh (SUPP), lima (UPP) dan seorang (Teras).

Manakala selebihnya tujuah daripada DAP dan tiga (PKR).-Sarawakiana





.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA