• Perselisihan Faham Bertukar Tragedi

    Published: Thursday, 13 October 2016
    A- A+

    KUCHING: Seorang lelaki cedera dalam kejadian pergaduhan bersama rakan sebilik di sini pagi tadi.

    Menurut sumber, mangsa berusia 55 tahun mengalami luka sepanjang tiga inci selepas dilibas rakan sebiliknya.

    Difahamkan sebelum kejadian, berlaku perselisihan faham antara mangsa dan rakan sebiliknya sehingga menyebabkan rakannya berang dan bertindak agresif seterusnya menyerang mangsa.

    Sehingga berita ini ditulis, mangsa dilaporkan stabil dan telah menerima rawatan daripada Agensi Pertahanan Awam Malaysia(APM) dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Padungan.-Sarawakiana
  • No Comment to " Perselisihan Faham Bertukar Tragedi "