Perniaga The Bojeng Food Stall Tampil Konsep Bantu Masyarakat Setempat




KUCHING : Konsep perniagaan yang diperkenalkan The Bojeng Food Stall diyakini dapat membantu masyarakat setempat yang kebanyakannya berniaga makanan seperti kuih muih untuk menambah pendapatan.

Pemiliknya, Nur Shafeeqa Asnan 26 berkata, perniagaan beliau banyak menjual kuih muih yang dibuat oleh penduduk setempat.


"Penduduk menghantar kuih yang mereka buat untuk dijual disamping menu yang saya buat sendiri.

"Pada masa sama konsep perniagaan saya dapat membantu menambah pendapatan penduduk," katanya kepada Sarawakiana.

Beliau yang berniaga di Taman Murni Kuching turut mempunyai menu kegemaran ramai seperti mee hoon belacan, bubur nasi, sup tulang dan sebagainya hasil tangan sendiri.

"Kebanyakan menu dipelbagaikan dan pada hari jumaat akan menyediakan bubur ayam, bubur asyura dan sebagainya bagi memenuhi permintaan pelanggan.

"Selama tiga tahun ini, sambutan pelanggan begitu menggalakkan," ujarnya.


Beliau berkata, kerajaan banyak membantu usahawan kecil dengan menyediakan program-program yang membantu berkaitan usahawan.

"Program tersebut banyak membantu usahawan cara mengurus perniagaan, urus kewangan dan sebagainya.

"Ia begitu bermanfaat dan perlu dicari lagi maklumat lain yang berkaitan dengan bantuan kerajaan, ujarnya.

Menurut Shafeeqa, beliau turut mempunyai perniagaan di Zing-Zing Coner dan menasihati anak muda agar mencebur diri dalam bidang perniagaan.

"Bermulalah dari kecil yang bermodal kecil dan kuantiti kecil kerana bidang usahawan menjanjikan satu kejayaan jika diselia dengan betul," tambahnya. - Sarawakiana 


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA