Permohonan Anwar Cabar MKN Ditolak



KUALA LUMPUR: Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar penangguhan sementara pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Amarjeet Singh yang mewakili pihak kerajaan memberitahu pemberita, keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Hanipah Farikullah selepas membenarkan bantahan awal pihaknya.

Dalam keputusan yang dibuat di kamar hakim di sini, Amarjeet berkata, Hakim Hanipah berpendapat, mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar saman pemula itu kerana ia melibatkan kompetensi pembuat dasar untuk membuat undang-undang. - Utusan

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA