• Perlu Pendekatan Bersepadu Untuk Tingkatkan Prestasi Pendidikan

    Published: Saturday, 8 October 2016
    A- A+

    KUCHING: Pendekatan bersepadu dengan penglibatan semua pihak amat penting untuk meningkatkan prestasi pendidikan di sekolah.

    Sehubungan itu, Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Telekomunikasi) Dr Abdul Rahman berkata, tanggungjawab itu bukan hanya terletak pada 'bahu' pihak sekolah sahaja tetapi turut merangkumi masyarakat setempat.

    "Untuk meningkatkan prestasi pendidikan di sekolah memerlukan penglibatan secara holistik dan proaktif daripada kepimpinab sekolah, pelajar, ibu bapa dan masyarakat setempat," katanya.

    Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Badan Muafakat Pendidikan DUN N.4 Pantai Damai di sini, semalam.

    Mesyuarat tersebut diadakan untuk mencari pendekatan meningkatkan prestasi sekolah di kawasab DUN Pantai Damai.-Sarawakiana










    Dipengerusikan oleh YB Dr Hj Abdul Rahman Jumaidi, Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Telekomunikasi)

    Turut hadir
    PPD Kuching, Pn Kamariah binti Saet, Timbalan PPD Padawan, Chong Choi Ling
    Abang Othman Abang Masagus, Pengerusi Badan Muafakat Pendidikan DUN N. 4 Pantai Damai merangkap Pengetua SMK Bandar Samariang
    Dan juga wakil AJK Biro Pensidikan Pantai Damai

  • No Comment to " Perlu Pendekatan Bersepadu Untuk Tingkatkan Prestasi Pendidikan "