Peragut ‘Syaitan’ Gilis Kepala Mangsa Diberkas Polis


KLANG: Peragut ‘syaitan’ yang menggilis mangsa ragutnya dalan kejadian di Pekan Kapar, Klang akhirnya berjaya diberkas polis di sebuah rumah di Rantau Panjang, awal pagi tadi.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mohd Yusoff Mamat dan berkata dua suspek berusia 28 dan 32 tahun yang merupakan adik beradik itu telah pun diberkas ketika serbuan dilakukan polis.

“Salah seorang suspek yang ditangkap yang berumur 32 tahun telah disahkan sebagai suspek yang telah melanggar dan meragut mangsa.

“Ujian air kencing turut mengesahkan suspek positif dadah jenis morfin dan polis turut menjumpai sebuah motosikal dan helmet yang digunakan olehnya sewaktu kejadian ragut.

“Beberapa barangan peribadi milik mangsa juga turut dijumpai semula di dalam rumah suspek berkenaan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Suspek kini direman dibawah siasatan Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, didenda atau disebat.

Terdahulu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang wanita berumur 56 tahun diragut penunggang motosikal di lorong belakang deretan kedai di Pekan Kapar, menjadi viral di media sosial.

Suspek dikatakan turut berlaku kejam dengan mengilis kepala mangsa, menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Mangsa telah menerima rawatan di Klinik Kesihatan Kapar dan kini dilaporkan stabil selepas dibenarkan keluar dari hospital semalam. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA