Penyokong Man United Tinggalkan 'Kenangan' Di Bumbung Stadium Anfield


SEORANG penyokong Manchester United yang bekerja di Stadium Anfield membuat gurauan ke atas pasukan Liverpool dengan meninggalkan 'kenangan' Red Devils di stadium itu.

Penyokong tegar tersebut bertindak meninggalkan baju lama Manchester United dan dua patung menyerupai Rio Ferdinand dan Ryan Giggs.

Kedua-dua patung itu diletakkan pada kedudukan menghadap padang di mana Manchester United bertandang ke kubu Liverpool pada awal pagi Selasa dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Penyokong berkenaan merupakan sebahagian daripada pasukan yang menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian fasa ketiga bagi ruang utama Anfield, bagi menambah kapasiti penonton seramai 8,500 orang.

"Terdapat banyak perkara jahat dikatakan dilakukan antara kedua-dua penyokong, tetapi saya bukan seperti itu.

"Saya fikir saya perlu meninggalkan jejak saya sendiri di stadium ini dan mengingatkan mereka siapa yang terbaik.

"Saya ada dua patung kecil koleksi Giggs dan Rio yang disimpan sejak beberapa tahun lalu. Kedua-dua bintang ini pernah menjaringkan gol di Anfield sebelum ini, jadi saya fikir ia tentunya ideal memberikan pandangan baik buat 'mereka' menyaksikan perlawanan," kata penyokong Manchester United yang berusia 42 tahun. - Mail Online

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA