Penyokong Mahu Pembangkang Tubuh Parti Baru


Fenomena keluar parti di Sabah dan Sarawak semakin menular apabila pemimpin pembangkang bertindak keluar daripada PKR dan DAP. Mungkin kerana tidak berpuas hati kepada pembangkang pusat menyebabkan mereka ini nekad keluar parti.

Sehubungan itu, netizen yang selama ini menyokong pembangkang yang teras Semenanjung mula meluahkan kenyataan dan akan memberi tekanan kepada parti pembangkang tersebut agar pemimpin pembangkang tempatan menubuh parti yang lebih bersifat negeri.

Jelas melalui kenyataan tersebut, penyokong pembangkang berkenaan memberi beberapa sebab perlunya pemimpin pembangkang Sabah dan Sarawak keluar parti dan menubuh parti baru.

Antara kenyataan yang menarik perhatian ialah, parti pembangkang seperti DAP dan PKR langsung tidak memperdulikan pemimpin mereka yang berada di Borneo. Misalnya DAP, mereka akan datang ke sini hanya untuk meraih simpati terhadap apa yang berlaku terhadap Lim Guan Eng.

Begitu juga PKR yang hanya memperjuangkan pembebasan Anwar Ibrahim dari penjara. Hal sedemikian langsung tidak membela apa masalah yang berlaku di sini.

Yang menjadi perhatian adalah kenyataan netizen dari Sabah. Mereka melihat Sarawak sebagai contoh apabila Barisan Nasional Sarawak lebih memberi perhatian kepada isu rakyat negeri dan tidak masuk campur urusan UMNO walhal sekapal dalam Barisan Nasional.

Berbeza dengan parti pembangkang yang asyik bermain isu di Semenanjung bila pada hakikatnya isu di Sabah dan Sarawak langsung tidak dibangkit.

Justeru keseluruhan pendapat mereka mahukan pemimpin pembangkang di Sabah dan Sarawak meninggalkan parti berteraskan Semenanjung untuk menubuh parti pembangkang tempatan. Dengan cara itu masalah rakyat tempat lebih banyak diketengahkan daripada asyik mendengar masalah Semenanjung.-Sarawakiana

*Kenyataan di atas adalah melalui luahan di komen dan status di laman sosial Facebook*

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA