Penyokong DAP Sarawak Konsisten Sokong BR1M

Sejurus selepas pembentangan bajet 2017 dibentang di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri pada 21 Oktober lepas megundang pelbagai komen dan pendapat yang tidak konsisten. Pandangan dari parti politik pembangkang memang konsisten tidak bersetuju malah menganggap ia sebagai bajet yang paling buruk dan teruk.

Chong Chieng Jen Pengerusi DAP Sarawak dengan lantang mendakwa bajet 2017 teruk dan tidak realistik. Dari aspek peruntukkan rasuah sehingga BR1M Chong persoalkan sebagai tidak munasabah dan menyimpan perlbagai persoalan.

Namun dilihat daripada komen di alam maya seperti facebook, ternyata pendapat netizen penyokong DAP lebih ke arah positif. Mereka memberi pendapat yang begitu realistik walaupun mereka sering mengatakan tidak menyokong Najib. Tetapi mereka bersetuju dengan pembentangan bajet lebih-lebih lagi bila menyentuh tentang BR1M.

Secara keseluruhan komen penyokong DAP Sarawak lebih kepada realistik pemberian BR1M sebagai satu pemberian bantuan yang bermanfaat kepada rakyat secara keseluruhan. Memang mereka seuatu ketika dahulu menganggap BR1M sebagai satu bentuk rasuahkan rakyat untuk mendapat undi tetapi kini ia satu bentuk pemberian yang releven untuk merancakkan ekonomi domestik.

Ternyata pandangan Chong Chieng Jen berhubung BR1M meleset dan tidak sepadan dengan pendapat penyokong DAP sendiri. BR1M mempunyai pelbagai pendekatan yang berfaedah disampin ia akan menggalakkan lagi aktiviti ekonomi golongan B40 dan mampu menyumbang kepada KDNK negara ke tahap yang memberangsangakan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA