Penyokong Bersih Dedah Wang Peruntukan ‘Disembunyikan’

KUCHING: Seorang netizen yang mengakui pernah jadi penyokong Bersih mendedahkan NGO tersebut menerima peruntukan khas dari luar negara untuk tujuan penganjuran serta membiayai para peguam.

Menurutnya, wang tersebut telah disembunyikan pihak pengurusan Bersih kerana penganjur mengambil kesempatan untuk menggunakan khidmat guaman secara percuma.

“Pada 28 April 2012 semasa Bersih 3 saya perhati saja penganjuran.

“Salah satu sebab mengapa saya tidak berkenan dengan pengurusan penganjuran bersih ialah wang peruntukan tersebut di'sembunyikan' kerana penganjur mengambil #KESEMPATAN menggunakan khidmat percuma peguam,” kata Pak Saok menerusi akaun Facebooknya semalam.

Beliau mendedahkan, keluhan para peserta dan peguam ternyata timbul selepas itu kerana pada Bersih 3 penganjur ‘kantoi’ isu peruntukan.

Tambahnya, sejak bermula dari Bersih 3 sememangnya ada peruntukan tetapi peruntukan tersebut disembunyikan. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA