Penyelesaian Segera Harus Diambil Perhatian


Pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo memang dinanti-nantikan dan kini rakyat berterima kasih kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri kerana lebuhraya berkenaan akan menjadi realiti serta berfaedah untuk keseluruhan rakyat.

Memang tidak dinafikan setiap projek pasti akan menghadapi masalah yang tidak disangka. Sudah lumrah kehidupan manusia memang tiada yang secara totalnya sempurna. Begitu juga wakil rakyat yang mempunyai kawasan yang terlibat secara lansung dengan projek tersebut sering melontarkan masalah yang berkaitan di dada akhbar.

Masalah yang dihadapi kini apabila ada yang terkesan akibat projek berkenaan, pampasan memang kerajaan sudah tunaikan bagi menggantikan rumah mereka yang kena roboh.

Namun timbul hal berkenaan tapak tempat mendirikan rumah baharu kerana ada dikalangan mereka tidak mempunyai tanah. Ada pula masalah apabila jalan kampung tertimbus dan tiada jalan keluar ke jalan besar.

Perkara tersebut seharusnya diselesaikan secepat mungkin dan jika tiada penyelesaian, projek Lebuhraya Pan Borneo pasti akan menemui kelewatan untuk disiapkan.

Oleh yang demikian pihak dibawah kerajaan negeri atau pusat perlu melihat kembali agar segala projek yang berteraskan rakyat akan diselesaikan dengn tempoh yang ditetapkan. Masalah rakyat harus diambil peduli agar tiada timbul perkara yang akan menjejaskan projek.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA