Penyamun Berpisau Ceroboh Tabika


KUANTAN: Murid di Tabika Perpaduan daerah ini cemas selepas premis pra sekolah itu dimasuki lelaki bersenjatakan pisau yang bertindak menyamun barang kemas milik guru wanita di Bukit Sekilau, di sini, kira-kira 8 pagi tadi.

Difahamkan ketika kejadian suspek berseorangan menaiki motosikal sebelum menceroboh masuk ke tabika itu dan mengarahkan dua guru wanita menyerahkan barang kemas dipakai.

Sumber memberitahu, kejadian dianggarkan berlaku kurang daripada 10 minit dan ketika kejadian terdapat beberapa ibu bapa di tabika itu.

"Bimbang keselamatan murid diapakan mangsa kemudian menyerahkan barang kemas dipakai sebelum suspek melarikan diri," kata sumber itu.

Kata sumber, polis masih menjalankan siastan di lokasi kejadian dan sedang menganggarkan jumlah kerugian dialami mangsa.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA