Penumpang cedera, pesawat American Airlines terbakar


CHICAGO: Beberapa orang dilaporkan cedera apabila sebuah pesawat American Airlines terbakar ketika hendak berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare, demikian lapor stesen televisyen WGN hari ini.

Kebakaran membabitkan pesawat Penerbangan 383 ke Miami itu berpunca daripada sebuah tayarnya meletup, kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

Penumpang diarah turun dari pesawat selepas pelepasan penerbangan itu dibatalkan, demikian menurut FAA yang menjalankan siasatan kejadian itu. - AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA