Pensijilan Halal Dapat Reaksi Positif Bukan Islam


MIRI - Kesedaran peniaga di Sarawak untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) semakin meningkat apabila 518 buah premis perniagaan mendapat pensijilan itu setakat ini.

Tanpa menyatakan jumlah spesifik peniaga bukan Islam memiliki sijil tersebut, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Ismail Mohd Hanis berkata, separuh daripada jumlah pemilik sijil tersebut ialah peniaga bukan Islam sekali gus menunjukkan respons positif peniaga bukan Islam dalam isu halal di Sarawak.

"Bagi rumah penyembelihan sebanyak 28 buah rumah sembelih di Sarawak telah mendapatkan SPHM," katanya di dalam ucapan perasmian konvensyen penyembelih bertauliah Sarawak di sini hari ini.

Ismail berkata, dari jumlah tersebut paling tertinggi ialah SPHM untuk rumah penyembilahan ayam iaitu 23 buah diikuti tiga buah rumah penyembilahan untuk buruh puyuh dan dua rumah sembelih kambing, unta, kerbau, rusa dan burung unta.

Beliau berkata, orang awam boleh mendapatkan maklumat berkaitan dengan pensijilan halal antaranya melalui Facebook rasmi Majlis Islam Sarawak (MIS). - Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA