Penjara 8 Bulan Cekik Bapa


KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap lelaki yang sanggup mencekik dan mencederakan bapanya hanya kerana diminta keluar segera dari bilik air rumah mereka.

Majistret Umzarul An Nur Umar menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Khairi Abdul Wahab, 29, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Tertuduh yang tidak bekerja didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa, Abdul Wahabb Ahmad, 62, dengan menumbuk muka, mencekik dan menendang bapanya itu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam sebuah rumah di Rumah Pangsa Setapak, Wangsa Maju, pada 12 tengah hari, semalam.

Bagi perbuatan itu, Mohamad Khairi didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA