• Peniaga Sekendhend Diseru Daftar Perniagaan

    Published: Friday, 28 October 2016
    A- A+

    KUCHING: Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai menyeru semua peniaga sekendhand supaya mendaftarkan peniagaan mereka agar memberi kesan positif terhadap perniagaan itu sendiri dan dapat menangani masalah kecurian.

    Menurutnya, lesen perniagaan tersebut boleh dipohon dari setiap balai polis daerah dan penilaian akan dibuat melalui penelitian dalam aspek keselamatan dan rekod-rekod lampau bagi memastikan sama ada peniaga yang berdaftar layak atau tidak.

    “Setiap permohonan akan diluluskan oleh Pesuruhjaya Polis dan setiap urusan jual beli pengusaha perlu diisytiharkan kerana pihak polis akan membuat pemeriksaan dan pemantauan pada bila-bila masa”, katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menghadiri Taklimat Khas kepada peniaga barangan sekendhend di sini hari ini.

    Taklimat Khas disampaikan Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching DSP Lim Nee Kon.

    Seramai 33 peniaga barangan sekendhend diberi taklimat khas mengenai proses-proses permohonan serta peraturan yang perlu dititik beratkan dalam memastikan para peniaga tidak terlibat sama dalam membeli dan menerima barangan curi.

    Peniaga turut diberi penjelasan mengenai Akta Peniaga Sekendhend 1946 yang didaftar pada 1 April, dan diwartakan 2 April 2014 bagi menangani masalah kecurian. - Sarawakiana


  • No Comment to " Peniaga Sekendhend Diseru Daftar Perniagaan "