Pengawal Keselamatan Maut Tembak Diri Sendiri Di Saratok

 

SARATOK: Seorang pengawal keselamatan maut ditempat kejadian petang kelmarin dipercayai menembak diri sendiri di rumahnya di Taman Seroja Indah disini.

Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah (KPD) Saratok DSP Lee Thai Lein dalam sebuah akhbar tempatan, mangsa yang berusia 58 tahun dipercayai menembak dirinya sendiri dengan menggunakan senapang patah jenis 12GA Choke dan kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh diri.

“Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 1.30 petang mangsa difahamkan masuk kerumah secara tiba-tiba dan terus masuk kedalam biliknya lalu mengambil selaras senapang patah dan menembak dirinya sendiri,” katanya.

Menurut ahli keluarga mangsa pula, mangsa tidak mempunyai apa-apa masalah dengan ahli keluarga namun mangsa dikatakan tidak kembali kerumah selepas syif habis jam 8 pagi pada hari kejadian sehingga kembalinya kerumah masa kejadian berlaku.

Sehingga berita ini ditulis, kes masih dalam siasatan pihak polis dan punca sebenar mangsa menembak diri sendiri masih tidak diketahui.

Mayat mangsa dihantar ke rumah mayat Hospital Saratok untuk dibedah siasat.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA