Pengantin Terima Hadiah ‘Malam Pertama’



BIASANYA jika kita perlu menghadiri majlis perkahwinan, pasti akan terlintas di fikiran apakah hadiah yang paling sesuai untuk diberikan kepada pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Hadiah yang biasa diberikan, jam dinding, rice cooker, pinggan mangkuk, periuk… Memang setiap kali majlis perkahwinan, hadiah seperti ini yang paling banyak.

“Baik bagi barang yang berguna untuk mereka, biar jimat duit mereka tak payah beli lagi”. #Cliche

Melalui perkongsian di media sosial, beberapa pasangan yang telah berkahwin berkongsi pengalaman mereka menerima ‘hadiah’ perkahwinan daripada rakan mereka.

Hadiah yang lain daripada lain, bukan hadiah cliche, tetapi sesuatu yang ‘menyusahkan’ dan ‘memalukan’.



Ini masih boleh diterima akal kerana masih dalam batas pergaulan. Bayangkan ada yang menerima seluar dalam berlubang-lubang? Atau dua tin air minuman tenaga bagi lelaki dan wanita?


WhatsApp Image 2016-10-04 at 9.28.30 AM


WhatsApp Image 2016-10-04 at 9.28.33 AM

Masih dalam mood bergurau, walaupun agak memalukan. Yang paling sedih dan seksa bila kena bangun tengah malam, geledah hadiah untuk mencari jam loceng. Hadiah bertimbun-timbun pula tu. Memang menyusahkan! - MYNEWSHUB

WhatsApp Image 2016-10-04 at 9.28.28 AM





No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA