Penerima Bantuan Bersyukur Terima Sumbangan Banjir


KUCHING : Penerima bantuan wang ihsan melahirkan rasa bersyukur selepas menerima bantuan yang keseluruhan berjumlah RM1.3 juta melibatkan 2,769 keluarga.

Kesemua bantuan yang diterima melibatkan keluarga yang terjejas dalam bencana banjir yabg berlaku Februari lalu.

Salah seorang penerima bantuan, Haji Rejie Bakri, ketika ditemui berkata, beliau amat berterima kasih terhadap keprihatinan kerajaan diatas sumbangan yang telah diberikan kepada seluruh mangsa banjir,

"Saya amat berterima kasih atas sumbangan wang ihsan tersebut dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan atas keperihatinan membantu mangsa banjir," kata beliau yang merupakan Imam Satu Masjid Kampung Gita.

Sementara itu seorang lagi penerima Zulkifli Hassan berkata, sumbangan wang ehsan tersebut menggembirakan mereka sekeluarga sekaligus turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat.

"Penyerahan wang ihsan tersebut amat menggembirakan kami sekeuarga dan sememangnya amat dinanti-nantikan. Ia turut membuktikan sumbangan wang ihsan bantuan banjir sebelum pilihanraya negeri bukan hanya gimik pilihanraya seperti yang diwar-warkan oleh pihak pembangkang sebelum ini," ujar beliau.

Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan tersebut diadakan di Dewan Suarah Kuching melibatkan 34 buah kampung meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Tupong, DUN Tupong dan DUN Satok dengan kerjasama Pejabat Daerah Kuching dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA