Penduduk Repok 'Merana' Di Bawah Pembangkang Sebelum Ini


SARIKEI: Penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok akhirnya merasai nikmat pembangunan di bawah Barisan Nasional (BN) selepas sebelum ini 'dijaga' pembangkang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Hwang Tiong Sii berkata, jika sebelum ini penduduk kawasan tersebut sukar mendapat peruntukan terutama geran projek kecil luar bandar (MRP) namun sekarang mereka sudah boleh memohon.

Malah menurutnya, individu dan organisasi di Repok sudah boleh merancang program masing-masing dengan adanya bantuan daripada kerajaan.

"Saya percaya masyarakat tahu hanya kerajaan di bawah BN akan memberi pelbagai bantuan dan faedah kepada mereka.

"Sebelum ini, masyarakat di sini (Repok) ketika di bawah pembangkang tidak menerima sebarang geran MRP dan peruntukan pembangunan lain dalam tempoh lima tahun.

"Sekarang Repok di bawah BN, terus menyokong kerajaan BN," katanya ketika menyampaikan geran MRP kepada pelbagai persatuan baru-baru ini.

Beliau menyampaikan bantuan berjumlah RM138,000 kepada 22 jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK), sekolah dan pelbagai persatuan.-Sarawakiana






No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA