Pendaki Warga Singapura Ditemui Mati


KOTA KINABALU: Seorang pendaki warga Singapura yang dilaporkan hilang selepas menjalani latihan bagi acara larian mendaki Gunung Kinabalu atau Climbathon awal pagi semalam ditemui mati.

Acara Climbathon dijadualkan berlangsung pada 16 Oktober ini setelah ditangguhkan selama setahun susulan daripada gempa bumi 5 Jun 2015 lalu.

Mangsa dikenali sebagai Wong Tai Kiang ditemui dalam gaung sedalam 150 meter berhampiran dengan lokasi pemeriksaan terakhir sebelum pendaki melakukan pendakian ke puncak gunung.

Kehilangan mangsa hanya disedari setelah gagal melaporkan diri di Laban Rata malam tadi.

Mayat mangsa dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat pada jam 7.30 pagi.

Sehingga berita ini ditulis, punca kematian masih belum diketahui.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA