Pencuri Wang Masjid Di Belawai Tutup Kepala


SIBU: Seorang lelaki sempat menutup kepalanya dengan baju apabila menyedari perbuatannya mencuri wang tabung masjid dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di Belawai, kelmarin.

Difahamkan, lelaki itu menceroboh masjid itu jam 9 malam sebelum melarikan wang didermakan penduduk.

Sumber berkata, rakaman CCTV itu merakamkan penjenayah menghampiri tabung masjid berkenaan dan sempat memandang kamera sambil menutup wajah serta kepala dengan baju dipakainya.

“Difahamkan, jumlah wang dalam tabung itu tidak banyak. Penjenayah dipercayai berusia 20-an berdasarkan susuk tubuhnya yang dirakamkan CCTV.

“Pihak pengurusan masjid membuat laporan di Balai Polis Belawai, di sini, untuk tindakan lanjut,” katanya.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA