Pemuda PRS Perlu Transformasi


BINTULU : Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan Parti Rakyat Sarawak (PRS) kali ini akan menyaksikan pertandingan jawatan akan berlaku termasuk jawatan dalam pemuda.

Antara nama yang mencalonkan diri bertanding sebagai Timbalan Ketua Pemuda (PRS) ialah Bit Surang yang telah berkecimpung dalam politik sejak penubuhan (PRS).

Menurut Bit Surang, platform awal untuk pelapis kepimpinan parti adalah menerusi exco pemuda.

"Tidak dapat dipertikai bahawa majoriti pengundi berdaftar adalah dikalangan pemuda dalam lingkungan umur 21 hingga 45."

Tambah beliau, untuk menjadi pemimpin dimasa hadapan; pergerakan pemuda merupakan platform perintis bagi pelapis kepimpinan parti.

"Jadi saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan ketua pemuda setelah Presiden parti telah mengumumkan semua jawatan dalam parti dipertandingkan dan memberi peluang kepada para delegasi menunaikan hak mereka untuk memilih pemimpin pilihan mereka sendiri," katanya kepada Sarawakiana.

Beliau turut berkata bahawa Pemuda perlu transformasi bagi menghadapi cabaran politik semasa di negara ini.

"Misi Pemuda PRS adalah mempersiapkan diri untuk menempuhi senario politik Malaysia ketika ini sekaligus menerapkan kepentingan penduduk luar bandar sebagai agenda utama pemuda PRS.

Beliau menegaskan bakat yang ada pada pemuda seharusnya diambil perhatian sewajarnya oleh parti.

Bit Surang telah mula berkecimpung dalam sejak penubuhan PRS sebagai Ahli Jawatankuasa di peringkat Pemuda Bahagian Belaga.

Kemudian menjadi exco pemuda pusat sebagai ahli exco biasa.

Seterusnya dilantik sebagai Ketua Publisiti untuk pergerakan Pemuda Pusat.

Sekarang beliau telah menerima pencalonan yang mencukupi sebagai calon Timbalan Ketua Pemuda pada Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan PRS untuk sesi 2017-2019.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA