Pemuda Pakistan ‘Chai Wala’ Bermata Biru Kini Sensasi Di Internet


ISLAMABAD: Seorang pemuda kacak ‘chai wala’ atau penjual teh bermata biru dari Pakistan telah menjadi bahan sensasi di internet selepas seorang jurugambar tempatan menyiarkan gambarnya di media sosial baru-baru ini.

Ketampanan Arshad Khan, yang bekerja di bazar Ahad, Peshawar Chowk, Islamabad sentiasa menjadi tumpuan terutama kaum wanita yang berkunjung di kawasan tersebut.

Seorang jurugambar, Jiah Ali (@jiah_ali) telah membuat posting tersebut pada 14 Oktober lalu. Dengan hashtag #chaiwala, Ia menjadi viral dan berada dalam kelompok terbaik trend Twitter pada hari Isnin lalu.

Cerita ini telah diambil oleh media antarabangsa, termasuk popular laman web AS BuzzFeed.

Selepas laporan tersebut, sebuah laman web fitin.pk telah menandatangani Khan sebagai model mereka dengan jumlah kontrak yang tidak dimaklumkan dan gambar pertama beliau sudah pun dikeluarkan, lapor The Dawn pada hari Rabu lepas.

Khan yang tidak pernah bersekolah mempunyai18 adik beradik. Berasal dari Kohat dan telah menjual teh di Bazar Ahad Islamabad selama tiga bulan.

Menurut The Dawn, Khan tidak tahu bila dan siapa yang mengambil gambarnya.

Dalam temubual bersama stesen TV tempatan, Khan memberitahu bahawa dia telah menetap di Islamabad selama 25 tahun dan berniaga sebagai penjual teh beberapa bullan lalu, lapor Harian Pakistan. - GN

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA