Pemimpin Masyarakat Digesa Adakan Program Mesra Diperingkat Akar Umbi



SIMUNJAN : Setiap kampung ataupun penempatan melalui pemimpin masyarakat sewajarnya sering mengadakan program mesra agar pemimpin dan rakyat boleh berinteraksi secara telus.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin Snowdan Lawan berkata, dengan cara tersebut, wakil rakyat akan dapat bersua muka dengan rakyat.

"Dengan cara sedemikian rakyat akan memperdengarkan masalah setempat kepada wakil rakyat.

"Pada masa sama wakil rakyat dapat melihat keadaan kampung dan memastikan apa keperluan penduduk yang harus difikirkan cara penyelesaiannya," katanya ketika menghadiri Majlis Bersama Pemimpin di Kampung Ruan Seru di sini semalam.

Menurut Snowdan, dengan program yang diadakan juga dapat memberi penerangan menyeluruh kepada penduduk tentang jumlah sumbangan yang diberi.

"Di sini rakyat keseluruhan dapat mendengar bersama-sama apa sumbangan atau peruntukkan yang telah disalurkan untuk kampung tersebut.

"Ketelusan berlaku disitu dan faktor penyelewengan dapat dielakkan dimana rakyat sudah mendengar dan mengetahui apa yang telah diperuntukkan," ujarnya lagi.

Pada Majlis tersebut Snowdan turut menyumbang dua buah kanopi dan 100 kerusi dan turut menumbang RM5000 kepada JKKK dan RM3000 untuk pergerakan wanita kampung tersebut.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA