Pemilihan presiden FAS


KUCHING: Isu campur tangan Kerajaan Negeri dalam membantu Per­satuan Bola Sepak Sarawak (FAS) memilih calon presi­den badan induk itu perlu dilihat secara terperinci.

Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kerajaan mungkin akan ter­libat dalam proses pemilihan presiden (FAS) namun bu­kan secara umum.

“Masuk campur di sini bermaksud kerajaan negeri akan memberi nasihat kepa­da FAS agar seseorang yang berwibawa dapat menerajui badan induk itu.

“Bukan bermaksud kera­jaan negeri masuk campur secara ‘literally’,” katanya ketika diminta mengulas lanjut berhubung kenyat­aannya baru-baru ini.

Sebelum ini, Abdul Ka­rim mengeluarkan kenyat­aan bahawa kerajaan negeri berkemungkinan akan cam­pur tangan dalam pemilihan presiden FAS sekiranya badan itu masih gagal men­dapatkan pengendali ba­haru.

Bagaimanapun, jelasn­ya, FAS mempunyai per­lembagaan dan peraturan tersendiri dalam membuat pemilihan calon presiden.

“Mereka (FAS) ada per­lembagaan, kita mesti meng­hormati aturcara demokrasi ini. Berapa lama tempoh untuk mereka mencari peng­ganti presiden ia tertak­luk kepada perlembangaan FAS,” katanya.

Tambahnya, apa yang penting seseorang yang di­lantik menjadi pemimpin FAS harus mempunyai minat dalam sukan bola sepak.

Menurutnya, kekosongan jawatan itu perlu diisi segera bagi memastikan FAS dapat diterajui dengan baik.

FAS yang kini bergerak tanpa pemimpin berikutan tiada calon berminat dengan jawatan ‘kerusi panas’ itu selepas pengunduran Datu Sudarsono Osman pada Me­syuarat Agung FAS 2016, September lalu.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyam­but baik pelantikan Datuk Hanifah Taib-Alsree selaku penasihat FAS. - UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA