Pemergian Koperal Faizol Kehilangan Besar Buat Keluarga



BALING - Pemergian Koperal Faizol Rosli yang ditemui meninggal dunia merupakan satu kehilangan terbesar buat keluarga.

Ibu mentua, Siti Fatimah Ishak, 64, berkata, dia sekeluarga tidak menyangka pertemuan dengan mangsa pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini adalah yang terakhir.

Menurutnya, menantunya ada memaklumkan dia mahu bersara sebelum pencen.

"Faizol bagitahu nak berhenti dalam dua hingga tiga tahun lagi.

"Bila dengar berita kematiannya tidak sangka dia benar-benar berhenti," katanya kepada Sinar Harian di kediamannya di Kampung Sungai Limau di sini, hari ini.

Siti Fatimah berkata, Faizol Rosli seorang yang pemurah dan bertanggungjawab.

"Setiap kali pulang, dia akan beri wang belanja, langsung dia tidak pernah berkira.

"Dia juga seorang yang ramah mesra walaupun berkhidmat dalam tentera," katanya. - SH



No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA