Pembesaran Pekan Balai Ringin Dalam Perancangan


BALAI RINGIN : Sebagai kawasan yang menjadi laluan Lebuh Raya Pan Borneo, perancangan rapi sedang diatur terutama untuk membesarkan Pekan Balai Ringin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin Snowdan Lawan berkata, usaha membesarkan pekan tersebut sudah dibincang dengan Jabatan Tanah dan Survei (JTS).

"Saya mencadangkan agar lebih banyak kedai atau projek komuniti yang berkaitan dengan sosio ekonomi dibangunkan.

"Dengan sendirinya Pekan Balai Ringin akan bertambah besar dan memberi lebih banyak peluang perniagaan termasuk kepada bumiputera," katanya di sini semalam.

Pada masa sama Snowdan berkata, rancangan untuk membina kompleks mini sukan turut menjadi agenda utama yang dibincangkan.

"Ini akan memudahkan penduduk kawasan mengguna fasiliti tersebut untuk mengadakan pelbagai program terutama melibatkan sukan.

"Dengan terbinanya kemudahan tersebut, pelajar sekolah dan penduduk kampung lain akan turut sama menggunakan kemudahan yang sedia ada nanti," ujarnya.

Menurutnya, perancangan seperti yang diatur adalah usaha untuk membangunkan Balai Ringin dan merancakkan lagi sosio ekonomi setempat bagi menyokong usaha menaik taraf Balai Ringin kepada Daerah Kecil.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA