Pembangkang Sekali Lagi Buat Janji Manis Untuk Sarawak


Lazimnya setiap kali pembentangan bajet, Pakatan Harapan turut sama akan 'mempromosi' bajet alternatif mereka sendiri.

Kali ini tumpuan bajet alternatif mereka sekali lagi cuba 'meracun' rakyat Sabah dan Sarawak dengan bajet pembangunan terbanyak daripada peruntukan pembangunan tahunan persekutuan kira-kira RM50 bilion.

Adakah dengan pengumuman bajet 'mimpi', Pakatan Harapan berusaha untuk menawan hati rakyat Sarawak pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 akan datang?

Namun ia tidak semudah disangka, kerana aura yang dimiliki Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah berjaya menarik sokongan rakyat Sarawak untuk bersama Barisan Nasional (BN).

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini membentangkan Belanjawan Alternatif Malaysia 2017 bertemakan ‘Pakatan Harapan Menentukan Masa Hadapan’ yang turut menyenaraikan 11 cadangan dengan harapan kerajaan mengambil kira pandangan tersebut.

Antara 11 cadangannya adalah peluang sama rata dalam pekerjaan dan keusahawanan, meningkatkan upah, kurangkan pekerja asing , prosedur kerajaan bagi pelaporan fiskal, pencegahan rasuah, pembangunan luar Bandar di Sabah dan Sarawak, menyemarakkan industri beras.

Dalam pada itu, Presiden PKR itu turut berkata tema belanjawan tersebut didakwa kerana kelembapan ekonomi yang ketara dan turut menjangka tahun depan akan mengalami krisis ekonomi yang teruk.

Belanjawan Pakatan tersebut memfokuskan, antara lain, pengurangan peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion, daripada RM20.31 bilion bagi tahun 2016, selain berhasrat menghapuskan ketirisan akibat rasuah.

Menurut dokumen 40 muka surat itu juga, gabungan politik DAP, PKR dan Amanah itu menjangkakan pembanterasan korupsi dan sistem anti rasuah akan dapat menjana penjimatan sehingga 20% untuk satu tahun fiskal.

Namun #Bajet2017 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat ini dipercayai memberi tumpuan kepada pembangunan luar bandar di Sarawak termasuk akses jalan raya ke kawasan terpencil. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA