Pembangkang Akhirnya Akui BR1M Mampu Bantu Golongan Miskin


Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen mengakui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan insentif yang berjaya dalam membantu golongan yang memerlukan.

Bercakap kepada pemberita selepas pelancaran Belanjawan Alternatif 2017 oleh pakatan harapan, ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata BR1M merupakan kaedah dalam pemberian bantuan secara terus kepada golongan sasaran.

“Saya fikir BR1M adalah program yang agak berjaya… BR1M merupakan subsidi bersasar, dan merupakan cara untuk memastikan golongan miskin tegar diberikan bantuan,” katanya seperti yang dilaporkan media.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pakatan harapan akan meneruskan BR1M sekiranya diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA