Pemandu Lori Mati Dalam Kereta Di Batu Kawa


KUCHING: Seorang pemandu lori disahkan meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kereta di luar kediamannya di Jalan Kangkok di Batu Kawa, di sini.

Mangsa dikenal pasti sebagai Allan Wong Ling Lung, 33, ditemui dalam keadaan demikian oleh bapanya sebaik tiba di kawasan tersebut sekitar jam 2 pagi.

Menurut ahli keluarga yang enggan namanya disiarkan, mangsa keluar dari rumah pada malam Sabtu selepas membawa ahli keluarganya bersiar-siar di Pantai Damai pada sebelah siang.

“Tidak sangka itu merupakan kali terakhir mangsa bersama-sama isteri dan dua anaknya,” katanya ketika ditemui awal pagi semalam.

Pasukan perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS) yang bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat kejadian, mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.-UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA