Pemandu Bantu Wanita Bersalin Dalam Bas


BUENOS AIRES: Seorang wanita melahirkan anaknya dalam sebuah bas dengan bantuan pemandu kenderaan itu dan dua anggota polis.

Kejadian berlaku di Santiago del Estero, wilayah di utara Argentina.

Pemandu bas, Christian Luna Garcilazo berkata, dia menghentikan basnya sebaik diberitahu wanita itu yang namanya tidak didedahkan mengalami kesakitan untuk melahirkan anak.

Dia kemudian meminta penumpang lain turun dan pada masa sama meminta bantuan polis.

Rakaman video yang menunjukkan kejadian di dalam bas itu menjadi viral di media sosial Argentina.

Ia menunjukkan dua anggota polis mententeramkan wanita berkenaan ketika dia meraung kesakitan sejurus sebelum bayi itu dilahirkan.

Menulis dalam media sosial, Garcilazo berkata: “Cabaran tugas seorang penumpang melahirkan anak dalam bas saya.”

Pada akhir rakaman itu, wanita berkenaan dilihat berehat atas tempat duduk bas sambil memeluk erat bayinya. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA