Pemain Sarawak 'Dipancing' JDT?


KUCHING: Berbaki satu perlawanan Liga Super 2016, kem Sarawak dikejutkan dengan pengesahan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim untuk 'memancing' seorang pemain kendalian David Usop.

Memetik laporan sarawakcrocs.com, Tengku Mahkota Johor (TMJ) membuat kenyataan itu dalam laman sosial rasmi kelab tersebut.

Menurutnya, empat lagi pemain masing-masing seorang dari T-Team, PDRM dan dua orang dari Selangor akan menyertai JDT bersama pemain Sarawak terbabit.

Bagaimanapun, buat masa ini tiada maklumat lanjut mengenai pemain yang dimaksudkan namun terdapat ura-ura Nur Shamie Iszuan dilihat sebagai calon tepat berdasarkan prestasi semasa.

Sebelum ini JDT pernah memikat dua pemain Sarawak iaitu Junior Eldstal dan S. Chanturu pada 2014.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA