Peluru Berpandu Houthi Dipintas Dekat Makkah



RIYADH: Tentera gabungan Arab yang berperang di Yaman berjaya memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik yang dilancarkan pemberontak Houthi kira-kira 65 kilometer dari kota suci Makkah.

Menurut kenyataan tentera gabungan yang disiarkan oleh agensi berita rasmi, Saudi Press Agency, peluru berpandu berkenaan ditembak dari daerah Saada, yang terletak hanya di seberang Arab Saudi kira-kira 9 malam, Khamis.

Sebelum ini, tentera gabungan menjalankan kempen pengeboman menentang pemberontak sejak Mac tahun lalu dan terdapat beberapa serangan dihalakan ke bandar-bandar di Arab Saudi yang hanya terletak seberang wilayah sempadan.

Susulan itu, Arab Saudi sudah melancarkan peluru berpandu Patriot bagi memintas tembakan dari pemberontak berkenaan.

"Pemberontak Houthi melancarkan peluru berpandu ke arah kawasan Makkah pada petang Khamis dari wilayah Saada iaitu kubu kuat yang terletak dari seberang sempadan," kata tentera gabungan dalam satu kenyataan.

"Sistem pertahanan udara berjaya memintas dan memusnahkannya kira-kira 65 kilometer dari Makkah dan tiada kerosakan terhadap kota suci itu," katanya lagi. Makkah terletak kira-kira 500 kilometer sari sempadan Yaman. - Agensi.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA