• Pelakon, Aidil Dan Dua Rakan Didakwa Edar Dadah

    Published: Friday, 7 October 2016
    A- A+
    Gamabar Hiasan

    KUALA LUMPUR - Pelakon, Aidil Aziz dan dua rakan termasuk seorang warga Filipina dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah dipercayai jenis ganja, September lalu.

    Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Aidil atau nama sebenarnya Mohd. Aidil Abdul Aziz, 29, Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36, dan R.Guevara Cortez, 33.

    Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama didakwa mengedar dadah disyaki ganja anggaran berat 465.61 gram di No. 1, Jalan Ampang Ulu, di sini pada pukul 12.40 tengah hari, 24 September lalu.

    Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Sesyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Pelakon, Aidil Dan Dua Rakan Didakwa Edar Dadah "