Pelajar Hilang Ditemui Selamat


SIBU: Pelajar SEGi College Sarawak, Siti Fatimatuzzahrah Bumidin, 25, yang dilaporkan hilang selepas didapati tidak pulang ke rumahnya di Taman Permai, di sini sejak Isnin lalu, ditemui selamat tengah hari tadi.

Ia disahkan oleh bapanya, Bumidin Tahir, 51, yang memaklumkan pelajar tahun akhir jurusan perubatan dari Ipoh, Perak itu ditemui duduk di sebuah masjid di bandar ini dan dalam keadaan sihat. 

"Difahamkan, dia menghadapi peperiksaan dan mungkin mengalami sedikit tekanan untuk membuat persediaan serta memerlukan ruang bagi mendapatkan ketenangan.

"Syukur, dia sudah ditemui selamat di sebuah masjid di Sibu. Saya sudah menghubungi anggota keluarga (di Sibu) untuk mengambil anak saya, termasuk cuba menenangkannya dan memberi kata-kata perangsang," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Beliau berkata, anak perempuannya itu berada di Sibu bagi mengikuti latihan di sebuah hospital di bandar itu. - BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA