Pekerja dipecat kerana kata Michelle Obama gorila


ATLANTA: Kakitangan sebuah sekolah di Georgia dipecat selepas beliau menggambarkan Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama, sebagai gorila di Facebook.

Sekolah Mukim Forsyth, dalam satu kenyataan berkata Jane Wood Allen dipecat pada Isnin.

Mengikut kenyataan itu, pihak sekolah tidak bertolak ansur terhadap unsur perkauman dan diskriminasi.

Jurucakap daerah itu, Jennifer Caracciolo, mengesahkan pada Isnin keputusan memecat Allen dibuat selepas pegawai menyedari kenyataan di Facebook itu.

Media mula melaporkan mengenai kenyataan itu minggu lalu. Facebook Allen juga sudah tidak aktif sejak Isnin. - AP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA