PBB umum gencatan senjata 72 jam di Yaman


NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan gencatan senjata 72 jam di Yama akan berkuat kuasa mulai Khamis ini.

Gencatan senjata pertama dilaksanakan pada April itu ia akan dimulakan kali ini tepat pada jam 11.59 tengah malam 19 Oktober 2016 untuk tempoh selama 72 jam bergantung kepada keputusan melanjutkannya," kata Wakil Khas PBB ke Yaman, Ismail Ould Cheikh Ahmed dalam satu kenyataan hari ini.


"Wakil khas mengalu-alukan usaha memulihkan pemberhentian permusuhan, yang akan mengelakkan pertumpahan darah rakyat Yaman dan membolehkan penghantaran bantuan kemanusiaan diperluaskan," katanya.

Awal Isnin, Menteri Luar Yaman, Abdel-Malek al-Mekhlafi dalam akaun Twitter rasminya berkata, Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi bersetuju mengadakan gencatan senjata selama 72 jam dengan kemungkinan ia dilanjutkan.

"Presiden bersetuju gencatan selama 72 jam itu dilanjutkan jika pihak lain mematuhinya, mengaktifkan Jawatankuasa Penyelaras dan Mengurangkan Ketegangan (DCC) dan menarik balik kepungan di Taiz," katanya.

DCC adalah suruhanjaya ketenteraan disokong PBB yang bertanggungjawab memantau gencatan senjata di Yaman.

Kerajaan buangan diketuai Hadi meminta akses bantuan kemanusiaan di Taiz, bandar raya yang dikepung pemberontak Houthi yang menawan ibu kota Yaman, Sanaa, pada 2014.

Tentera kerajaan kekal mengawal salah satu daripada empat laluan masuk ke bandar raya itu. - REUTERS/AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA