Parti Rakyat Sarawak Sebuah Parti Yang Stabil



BINTULU : Parti Rakyat Sarawak (PRS) sebuah parti politik yang stabil tetapi jangan disamakan stabil dengan kuat.

Timbalan Presiden (PRS) Datuk Joseph Entulu Belaun berkata, stabil dan kuat adalah tidak sama kerana semasa berada dalam Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dahulu adalah sebuah parti yang kuat apabila sesiapa sahaja diletak sebagai calon pilinraya pasti akan menang.

"Walaupun calon tersebut berasal daripada Murum dan diletak di Ngemah atau sebagainya, kemenangan pasti memihak kepada PBDS kerana ia sebuah parti yang berasaskan kekuatan.

"Tetapi kalau parti itu stabil dan tidak cukup kuat, kita terpaksa membuat pilihan yang tepat yang mengikut citarasa orang tempatan," katanya ketika merasmikan persidangan Wanita dan Pemuda di Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan PRS di sini sebentar tadi.

Entulu berkata merujuk kepada kenyataan Ketua Wanita kenapa wanita tidak diketengahkan dan tidak diberi peluang untuk bertanding dan sebagainya kerana terdapat jawapan yang bernas.

"Kami yang berada di pucuk kepimpinan meminta supaya tunjukkanlah mana bakal calon dari wanita yang ada sokongan penuh akar umbi dan jangan harap dengan parti sahaja.

"Ada orang harap dengan nama BN dan PRS sahaja kerana masa sekarang bukan politik yang mengharapkan kekuatan semata-mata," ujarnya.

Entulu menambah bahawa ini bukan situasi yang dihadapi sekarang kerana sebuah parti yang stabil perlu menilai dari segi kehendak rakyat kawasan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA