Pandelela, Azizulhasni Dikurnia AMN


KUALA LUMPUR - Atlet negara Pandelela Rinong dan Mohd Azizulhasni Awang merupakan antara 303 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2016 di Istana Negara hari ini.

Mereka dikurniakan darjah Ahli Mangku Negara (AMN).

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mengurniakan darjah itu dalam istiadat yang diadakan sempena ulang tahun keputeraan rasmi baginda yang disambut pada 4 Jun lepas. -- BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA