Paderi Kantoi Rogol Budak 5 Tahun Melalui Lukisan




PERBUATAN seorang paderi dari Minas Gerais, Brazil merogol kanak-kanak berusia lima tahun terbongkar selepas mangsa meluahkan perasaannya menerusi beberapa siri lukisan, baru-baru ini.

Paderi berusia 54 tahun itu didakwa merogol mangsa yang merupakan anak muridnya dalam kelas Bahasa Inggeris.

Perbuatan terkutuknya itu terbongkar selepas ibu bapa mangsa menemui beberapa keping lukisan yang dilukis mangsa menggambarkan detik hitam yang dilaluinya.

Selepas penemuan lukisan itu, kedua ibu bapa mangsa kemudian bersemuka dengan paderi tersebut sehingga akhirnya suspek mengakui kesalahannya.

Suspek kemudiannya ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA