Padah hina raja


Bangkok: Seorang wanita yang dituduh menghina mendiang raja Thai dipaksa melutut di hadapan potretnya di luar sebuah balai polis di Pulau Samui selepas ratusan orang mendesak dia meminta maaf.

Penangkapan dan tindakan untuk memalukan wanita itu di hadapan khlayak ramai kelmarin adalah beberapa kejadian seumpamanya yang berlaku selepas kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej Khamis lalu.

Dua anggota polis membawa wanita berkenaan, Umaporn Sarasat, 43, di hadapan potret Bhumibol di balai polis Bophut di Samui sebelum dia melutut dan mengadakan upacara kegamaan sebelum masuk dan keluar dari balai berkenaan.

Orang ramai, sebahagiannya menjulang gambar mendiang raja itu, mengejek Umaporn apabila dia tiba di balai polis itu.

Anggota polis terpaksa membentuk rantai manusia untuk melindungi wanita itu daripada diserang. - Hmetro

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA