Padah Curang, Isteri Dan Kekasih Dibelasah Suami

Padah Curang, Isteri Dan Kekasih Gelap Dibelasah Suami
JIKA sebelum ini di negara China sering diviralkan dengan kisah isteri membelasah perempuan simpanan suaminya. Namun kali ini sebaliknya pula yang terjadi.

Menerusi laman Daily Mail, seorang suami bertindak menyerang isterinya kerana berlaku curang dengan seorang lelaki lain yang dipercayai kekasih gelap wanita itu selepas terserempak dengan mereka.

Video berdurasi kurang dua minit itu memaparkan si suami yang berang dengan apa yang disaksikannya bertindak menarik baju isterinya dan menendang kekasih gelap isterinya.

Malah dia juga dilihat menghubungi seseorang dipercayai ibu mertuanya mengadu tentang kelakuan terkutuk isterinya, selepas ‘menangkap’ pasangan itu di pasar tani, tempatnya bekerja.

Namun, tindakan si isteri yang cuba melindungi buah hati barunya itu menambahkan bara di hati suaminya menyebabkan lelaki itu sekali lagi bertindak tendang kekasih isterinya tepat di bahagian muka sehingga berdarah.

Wanita itu cuba melepaskan dirinya dari cengkaman suaminya namun tidak berjaya.

Orang awam yang menyaksikan kejadian itu cuba menasihati si suami agar bertenang. Namun tidak diendahkan.

“Aku tak pernah pukul kau macam ini!” kata si suami.

Rakaman video terhenti apabila lelaki itu menyedari kejadian itu dirakam oleh orang awam. -MYNEWSHUB.CC


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA