• Nyawa Masih Panjang, Ditikam Di Kepala

    Published: Monday, 10 October 2016
    A- A+

    BEIJING: Seorang lelaki berjaya diselamatkan walaupun selepas dia ditikam di kepala dalam satu pergaduhan.

    Menurut polis, lelaki berkenaan ditikam ketika pergaduhan membabitkan dua kumpulan yang bermusuhan di bandar Lianyungang, timur China.

    Orang ramai yang melihat kejadian itu membantu lelaki terbabit dengan menghantarnya ke hospital.

    Media tempatan melaporkan, polis berjaya menangkap orang yang didakwa menikam lelaki itu.

    Bagaimanapun, lelaki terbabit bukan orang pertama berjaya diselamatkan selepas mengalami kecederaan serius seumpama itu.

    Beberapa bulan lalu, seorang lelaki tiba di sebuah hospital di Colombia dengan pisau terpacak di mukanya.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Nyawa Masih Panjang, Ditikam Di Kepala "